Sunday, 18 November 2012

Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Pendidikan Khas KSSR tahun 1

Tajuk :                                          4.            Pra Bacaan
Standard Kandungan  :          4. 1        Menyebut huruf
Standard Pembelajaran :      4.1.2      Menama dan membunyikan huruf vokal
Objektif :       Diakhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat mengecam,  mengenal, menamakan, dan membunyikan 5 huruf vokal.

Bahan Bantu Mengajar : LCD, Notebook, Projektor, Plastisin, Kad huruf, Kad Pasir, Kad Bijian,Lembaran  kerja.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

1. Set Induksi  (5 minit):
1.  Murid menyanyikan lagu huruf Vokal  "A E I O U "
 
         
                                                                         
2. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru mengikut irama
3. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai video yang dilihat dan menerangkan tajuk pembelajaran.

Langkah 1 (15 minit)  :
1.  Mengenal dan menyebut huruf vokal mengikut urutan iaitu bermula dari huruf a,e,i,o,u   
2.  Menamakan dan menyebut huruf vokal dengan bimbingan.
3. Guru membimbing murid menulis dan membentuk huruf vokal di awangan
4. Memadankan huruf vokal yang sama hurufnya.

                          
                         
Langkah 2 (20 minit) :
1. Guru memberikan plastisin kepada semua  murid.
2. Murid diminta membentuk huruf vokal dari plastisin yang diberi dan menyebut bentuk huruf yang telah dibuat.
3. Langkah diulangi dengan memberikan kad pasir/kad bijian yang telah ditampal diatas huruf vokal
4. Murid merasa dan mengenal bentuk huruf vokal melalui pengamatan penglihatan dan deria.
                     
Langkah 3 ( 15 minit) :
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan kad huruf vokal, huruf konsonan dan gambar.
3. Murid diminta memilih kad huruf vokal  dan gambar yang berkaitan serta menampalkan diatas kertas yang diberikan.
4.  Lembaran kerja diberikan kepada murid setelah murid menyiapkan tugasan yang diberi.

Penutup (5 minit) :  
1.  Guru menunjukkan beberapa kad perkataan kepada murid.
          Contoh :  buku, meja, bola, pipi, roda
2.  Murid diminta menyebut huruf vokal yang terdapat pada kad perkataan tersebut.
3.  Guru merumuskan dan menerangkan tajuk pelajaran yang telah dipelajari oleh murid.