Pra Bacaan

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk memberikan asas kepada kanak-kanak sebelum mereka menguasai kemahiran membaca. Kemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi dirumah atau disekolah. Kemahiran ini amatlah penting untuk perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak. Kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

1) Kemahiran pengamatan penglihatan
 -  Kemahiran pengamatan penglihatan adalah kemahiran yang menggunakan deria penglihatan iaitu mata. Kemahiran ini dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadankan bentuk, corak, huruf, gambar dan lain-lain lagi.

2) Kemahiran pendengaran
- Kemahiran pendengaran adalah satu kemahiran yang menggunakan deria pendengaran iaitu telinga. Kemahiran ini selalunya digunakan bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang dapat kita lihat ialah memperkenalkan huruf dengan bunyinya, memperkenalkan huruf dengan gambar dan lain-lain lagi.

3) Kemahiran kordinasi mata dan tangan.
- Kemahiran ini adalah menggunakan kemahiran motor halus . Perkembangan motor halus yang melibatkan tangan adalah amat penting kerana murid belum dapat menguasai kemahiran motor halus pada peringkat awal kanak-kanak. Contoh aktiviti yang menggunakan kemahiran motor halus ialah mewarnakan gambar. pada peringkat permulaan kanak-kanak harus dilatih menguasai kemahiran motor halus.

No comments:

Post a Comment